...sampai bila kehilangan...

Wednesday, May 25, 2011
visualparadox.com/


...Sampai Bila Kehilangan...


kau kira
sampai bila kita akan kehilangan
pemikir itu
yang tersesatjelajah ke
ruang fikir sempit
hingga tak pernah sedar
permata yang sedang digilap
rupanya
batu yang diraba dalam gelap?


25.05.11
1125

Kita memang kehilangan

Monday, April 25, 2011

Salam,

memang.

memang kita kehilangan.

Pemulihara yang seharusnya memelihara,
menawar anasir asing tiada kualiti
demi proses membaikpulih.

Kehilangan pemulihara.
Kerna kini pemusnah.

http://www.flickr.com/photos/dinbrasco/4138126516/

Balas Sajak - Aku Melihat Islam

Tuesday, April 12, 2011

AKU MELIHAT ISLAM

Syed Ad'ha -


Aku melihat Islam
di dalam dirinya
walaupun berbeza agamanya
berakhlaq mulia sentiasa

Aku melihat Islam
di dalam dirinya
meskipun berlainan pandangan hidupnya
berhati mulia sepanjang masa

Aku melihat Islam
di dalam dirinya
sungguhpun berbeza sembahan-sembahannya
sentuhan kasih-sayang merangkumi semua

Aku melihat Islam
di dalam dirinya
walaupun tersasar fahaman ketuhanannya
keadilan dan kesaksamaan selalu ditegakkannya

Aku melihat Islam
di dalam dirinya
langsung menjadi persoalan untuk renungan bersama
siapakah yang memiliki Islam sebenarnya.


S.K CintaZeni -

Kembalikan Islam
kepada Islam

Islam Jati
tidak lahiri

Dizahiri

tak kira bangsa
tak kira bahasa
tak kira mana
pelosok dunia

Zahir Islam
dalam niat
dalam buat
mengikat niat

(perilaku saban waktu)

Zahir Islam
dalam kenal
dalam amal
memintal kenal

(peribadi Nabi sehari)

Islam Jati
tidak lahiri

Dizahiri


~ Hakcipta Karya Masing-Masing Penulis~

.Penulis Sesat Jalan. (dikemaskini)

Friday, April 8, 2011
Salam,

Buat mereka yang kata, "Biarkanlah dia tulis begitu, jangan gaduh sesama Muslim."

Gaduh?

Atau mempertahankan kebenaran mazhab sendiri?

Jelas dihina, membiarkan juga...?

KLIK --->
http://analisafaisaltehrani.blogspot.com

Beliau bukan hanya pro-Syiah. Tapi, ternyata, anti-Sunni berdasarkan kecaman-kecamannya pada ulama' Sunni, lebih-lebih lagi Imam Bukhari dan Imam Muslim (selain daripada Khulafa' Rasyidin) sejak tahun 2006.


Jelas mempengaruhi, dibiarkan juga...?

~"Saya dah lama mengikuti blog tuan FT ini. Kesimpulannya, Syiah benar, Sunnah akan ke neraka.Takut saya, bagaimana datuk nenek, saudara-mara saya yang dah meninggal dalam AhliSunnah dulu.Kebenaran akan mendapat bantuan Allah, Sunnah pasti dimusnah oleh Syiah suatu hari nanti."

~ Komen pembaca blog Faisal Tehrani..


" ramai anak muda di kampus mahu baca tulisan doktor mengenai Syiah Islam.
Doktor telah berjaya mengembalikan kepercayaan ummah terhadap syiah.
"

~ Komen pembaca di Facebook


Buat mereka yang kata FT hanya mengkaji bukan mengamalkan.

Buat mereka yang kata FT hanya mengkaji bukan menyebarkan.

Buat mereka yang kata FT tidak buat apa-apa salah - hanya mencintai Saidina Hussein r.a.

Nak bukti apa lagi.


Juga buat mereka yang mengatakan ia hanya kontroversi, hanya propaganda bagi yang mendengki.

Nak bukti apa lagi.


Objektif.

Tanpa menafikan kerja-kerja baik yang pernah dilakukannya dalam kebanyakan karya pra-Ketupat Cinta Musim 1 (konsep Syiah diselitkan dengan baik dalam humor politik, pembaca biasa takkan dapat kesan), pembaca bijak harus menerima realiti evolusi kepengarangan:
Kekadang, karya penulis baik semakin baik. Kekadang penulis mulanya kurang baik menjadi baik. Ada peningkatan.

Dalam kes ini, mulanya baik menjadi BEJAT.
Pengarang keliru mencari identiti Islamnya, sesat ketika mencari jalan Tuhan, tapi, sebab dia ada ijazah Syariah, dia kata dia betul. Orang lain semua salah. Mungkin dia tak sedar, ijazah universiti bukan kelayakan menentukan ma'arifat. Dah lah tu. Mencari tuhan bab Usuluddin. Bukan Syariah. Ya, dia ada sentuh bab Irfan Syi'ah sedikit. Tapi tu, baru sentuh sikit je kasyful ghaibiah. Takhalli pun belum tentu lepas, dah nak ajar kita Tajalli. Buat kita nak gelak.
Dan sebab dia keliru, maka, pembacanya pun jadi keliru (sesat? sebab kata Syiah benar dan Sunnah masuk neraka?) seperti komen diatas.

Objektif.
Bacalah karya-karyanya yang bagus pra-KCM1. Tapi, selepas itu... berhati-hatilah. Dia keliru. Kita pun nanti ikut sama keliru.
Tak tentu-tentu pasal, nanti kita pun kata: Syiah benar, ASWJ masuk neraka...
FT kata dia sedang buat kerja baik? BEJAT lagi ada!

....Nauzubillahi Min Syaithaanir-Rajheem....

(Kemaskini: 16hb April 2011 -

I'd never think I'd say this... after 16 lonnggg years of holding on to your every word... no, please, don't start blogging again! EVER! Until you clear up your own confusion about Islam.

A case in point: The examples you give of Sunni Islam in Malaysia as corrupted and not having powerful spiritual intellectual ulama' traditions are not representative of the WHOLE SUNNI WORLD as compared to Syi'i in Iran. You have not given a fair and just representation of the Sunni world at all. A sunni researcher would never do that. Would never create doubt in others about Ahlus-Sunnah Wal-Jama'ah. Would never be as shortsighted and shallow as you as to refer to only Wahabis in Malaysia as reference for Ahlus-Sunnah Wal-Jama'ah. It's such a narrow interpretation from you that I will always, always, always, for the rest of my life, be disappointed in you... Unless... you buck up. SO, PLEASE BUCK UP AND KAJI LAGIIIIIII!!! Take it from someone who followed you for SIXTEEN YEARS!!! PLEASE don't be your loyal readers' BIGGEST disappointment in LIFE!!!)...

TIGA pelancaran buku 2011!!!

Friday, March 4, 2011
Salam,

(1) 14hb Januari - Patimah Jaludin

Koleksi Drama "Lumrah Kehidupan"


(2) 29hb Januari - Rohman Munasip


Kumpulan Cerpen Secangkir Ceritera


(3) 26hb Februari: Peter Augustine Goh

Kumpulan Cerpen "Kerana Setitik Madu"


Novel Kanak-kanak "Hilang di Bukit Halus"

Pingat Budaya Singapura dan Anugerah lainnya...

Friday, October 22, 2010
laman cyberita:
Pak Suratman menerima Anugerah Pingat Budaya dari Presiden Singapura, S.R Nathan


Salam,

Adapun, berita terkini mengenai dunia sastera Melayu Singapura adalah dengan kemenangan-kemenangan berikut:

1. Hadiah Tertinggi Singapura - Pingat Budaya (Cultural Medallion):
Pak Suratman Markasan
(woohoo! Tahniah, pak!)

2. Hadiah Sastera Singapura 2010 (Singapore Literature Prize) -
Pak Johar Buang: Antologi Puisi (Singgahsana)
(Tahniah, Pak!)

3. Anugerah Sastera Serantau - Anugerah S.E.A Write 2010 -
Pak Johar Buang
(Tahniah sekali lagi, pak!)

Pak Suratman di Laman Berita:

http://cyberita.asia1.com.sg/msingapura/story/0,6879,174432,00.html

Pak Suratman memang paling layak dan seharusnya menang lamaaa dahulu...

Beli akhbar Berita Harian hari ini untuk membaca wawancara bersama Pak Suratman mengenai masa depan Bahasa Melayu di Singapura.

Interlud v.1001

Wednesday, October 20, 2010
salam,

Mimpi aneh.

Sedang berjalan santai-santai dengan sepupu-sepupu perempuan (yang semakin diakrabi, terima kasih, FB). Di sebelah kiri jalan, ada beberapa buah masjid yang tidak pernah dijejaki. Tetapi, entah mengapa, melangkah masuk ke dalam sebuah saumaah, di sebelah kanan. Tiba pula waktu sembahyang. Anehnya, saumaah itu tiada hon. Ada azan. Tapi kalimah di dalamnya sedikit berbeza. Ada suara membisikkan bahawa ramai yang tidak tahu bahawa mereka sebenarnya memang tidak menggunakan hon tetapi menggunakan suara seperti orang Islam juga. Kerana Diri berada di bahagian perempuan, ramai Muslimah bertelekung putih, kanak-kanak dan remaja, yang duduk berdekatan Diri, mula bangun untuk solat. Diri berasa hairan mengapa saumaah itu mengalunkan azan yang aneh sedikit bunyinya dan ada orang Islam sedang bersolat.


Bangun.

Realiti aneh.
Memang sedang mengkaji tentang Yahudi-Zionis. Dan, tanpa dijangka langsung, dengan tanpa disengajakan langsung, memang telahpun menemukan persamaan dengan salah sebuah kelompok Islam. Kalau beritahu, mereka akan marah. Jadi, tak usahlah kata siapa. Cuma, ternyata mentaliti mereka sangat sama dengan kaum Yahudi-Zionis ini tanpa mereka sedar langsung. Suatu masa terbaik nanti, akan dikongsi juga penemuan yang tak terduga, tak terjangka ini.
Kajilah dengan sebenar-benar kaji melalui pimpinan jernih.
Terbuka mata ketiga.
Kasyful-Ghaibiah.

Projek Buku-Buku...

Thursday, October 14, 2010
Salam,

dengan wajah baru ini, memang lebih bersemangat untuk menulis =D

resourcegraphics.com


Dah tiga tahun kembali sepenuhnya ke dunia sastera. Belum nampak hasilnya.

Usahanya ada. Tawakkal juga ada.
Yakin Allah belum mahu mengizinkanNya untuk bergerak jauh.

Dalam menangani yang lama, idea baru sudah mula mencurah-curah semula, alhamdulillah...

Novel sudah mula berkerangka. Ritma sudah ada. Nada sudah ada. Tetapi, belum ada "flow", "alir"nya seperti yang S.K perlukan... Hanya dalam fragmen/perca-perca. Tidak pernah menulis novel dalam keadaan minda sebegitu. Mungkin, S.K belum memberikannya sepenuh fokus, dan "Novel" itu tahu dan tidak mahu membentuk...
Tetapi, novel pertama yang akan dihasilkan untuk penerbitan ini akan membuka jalan untuk karya-karya lain, insyaAllah.

Ada sekurang-kurangnya, tiga projek khas, tiga buah cerpen dan sebuah esei Inggeris dalam minda...

Mohon dipermudahkan, ya Allah..

Wajah Baru...

Friday, October 8, 2010
Salam,

Lama tak menulis kreatif...

Akhirnya, sebuah sajak spontan terlahir, alhamdulillah...

fire-rainbow

tanpa seni diri
Oleh S.K. Cintazeni pada
· 02hb Oktober 2010

tiada seni
berlagu
dalam diri

jariku tak tahu
memetik tali kecapi
seruling yang kau beri
bisu ditiup bibir
berkali-kali

esok-esok nanti, masih adakah
pelangi di hatimu

mendendang langit wajah ini?

(Tersiar di Berita Minggu - 7.01.11)

Siap Bersedia...

Friday, November 20, 2009
Salam,

Bersantai-santai di awang-awangan..

.



Membaca dan membaca dan membaca...



ratusan karya penyair Singapura...
30+- antologi/kumpulan puisi...

Akhirnya, siap... 

Bersedia?

pesta penulis singapura '09

Tuesday, November 3, 2009
Salam,

Sesi-sesi sastera sewaktu pesta penulis singapura '09 telah banyak membantu... diri... sedang... membaca... fokus, fokus, membaca - mungkin ianya pelik tetapi sudah beberapa bulan diri tak boleh fokus dalam pembacaan... kerisauan yang berbagai akan menganggu tumpuan selain daripada tabiat buruk "scanning" yakni, "imbasan" untuk mendapatkan inti kandungan artikel ilmiah kerana hampir setiap hari perlu baca untuk kajian, tapi waktu baca tu pun minda terlari-lari... menulis tesis pun lari-lari isinya... tetapi malam ini... diri sedang... membaca... dan akan dapat menulis dengan lebih baik lagi, insyaAllah :)

Dato' Anwar Ridhwan yang sentiasa kool.
Dato', ku sanjung hikmahmu...

Dato ' Baha yang mengilhami tenaaang...
Terima kasih, Dato' :) :) :)

Dari kiri: Tuan S.M Zakir, Tuan Rahimidin Zahari, Tuan Shamsudin Othman


Di kanan mereka semua, ada hantu huduh, huhuhu...
hanya wujud dalam fantasi
tiada dalam dunia realiti

terlalu huduh untuk dikenali
hanya layak dijauhi
sejauh-jauh-jauhnya

Tahniah, Sasterawan ke 10 Malaysia - Dato' Anwar Ridhwan

Saturday, October 24, 2009
TAHNIAH, SN DATO' ANWAR RIDHWAN

PIDATO PENERIMAAN ANUGERAH SASTERA NEGARA
CITRA SASTERA DAN KEPRIHATINAN SASTERA


‘Bismillah itu permulaan kalam,
Dengan nama Allah Khalikulalam,
Berkat Muhammad Sayid Alanam
Memberi rahmat siang dan malam.’1

Awal bismillah fakir menyusun,
Di pangkal jalan memohon ampun,
Maklum bahasa tidak tersusun,
Banyak perkara hendak dihimpun.

Majlis permai fakir mengisi,
Kata dan fikir dengan puisi,
Kerana fakir bertugas di institusi
Yang ‘melangkah ke hadapan bersama tradisi’.2


I : Citra Sastera

Sastera itu adab persuratan,
Pelbagai makna serta tafsiran,
Namun bakat serta indah penulisan
Tentang Tuhan, makhluk-Nya dan pemikiran.

Bakat dan karya ada tanggungjawabnya,
Berbuat di dunia balasannya di alam baqa,
Diingatkan Allah menjadi khalifah-Nya
Bantu membimbing umat manusia.

Hindari kutukan kepada penyair sesat,
Dalam Ash-Shu’ara telah tersurat,3
Yang ditulis benar itulah yang diperbuat,
Taqwa itu memandu pena menyurat.



Dengan akal pena menukilkan,
Seperti lidah wajar berperaturan,
Pena yang jujur lebih dimuliakan,
Bukan pedang melibas sembarangan.

Persuratan itu mengandung ilmu,
Juga mendidik tiadalah jemu,
Mutiara kata dapat ditemu,
Yang indah-indah dan merdu turut diramu.

Hamzah Fansuri, Syeikh Ahmad al-Fatani,
Tun Seri Lanang, Raja Ali Haji,
Karya persuratan padat berisi
Tanda pujangga seorang insani.

Persuratan tidak mengulang yang lama,
Atau hanya alam dan watak semata,
Fikrah falsafah itu lebihlah mulia,
Disulam keindahan membijaksanakan manusia.

Dibantu ilmu karya terkarang,
Piawai Melayu ini jangan dibuang,
Nyata dan magis silang bersilang
Ke pentas dunia masuk gelanggang.

Melayu menyediakan atur hukum sastera,
Dalam puisi dan hikayat warisan bangsa,
Ditambah ilmu bantu dan prinsip semasa,
Ciptakan karya bertaraf dunia.

Ibn Tufail, Ibn al-Nafis,
Menyelami dasar falsafah menulis,
Apungkan ilmu madahnya pun majlis
Keadilan hakiki pencarian penulis.


II : Keprihatinan Sastera Malaysia

Sastera bukan khayali ke dalam diri,
Nasib alam dan ummah diperhati,
Peka akan gejolak yang mengelilingi,
Dicipta persuratan untuk dihayati:




(i)

Asas tamadun sudah bertunas,
Melayu bersyarak kepada nas,
Lenyap kegelapan oleh nur yang bernas,
Hablum min Allah, Hablum min al-nas.

Pusat intelektual bermula di istana,
Lahirkan ulama, pemikir dan pujangga,
Muamalat, munakahat, siasah dijana
Hukum jinayat, adab, persuratan juga.

Seteguh dahulukah Melayu-Islam kini?
Akidah mencair atas nama hak asasi,
Islam liberal dan sekularisme mencemari,
Kepada ad-Din yang benar hendaklah kembali.

Ada yang mencabar hukum syariah,
Anggap hukum duniawi lebih indah,
Tidak sempurna bukan sifatnya Allah,
Di atas segalanyalah asma’ ilahiyyah.


(ii)

Kita mengenal Suhaif Al-Rumi,
Begitu juga Salman Al-Farisi,
Berserta dengan Bilal Al-Habashi,
Begitu pelbagainya wajah insani.

Allah ciptakan pelbagai bangsa,
Allah hembuskan seribu bahasa,
Untuk berkenalan sesama manusia,
Jangan sampai abaikan hak milik kita.

Semenanjung Melayu ini di Alam Melayu,
Sebab musababnya jelas bagi yang tahu,
Sejak Abad ke-VII kembangkan tradisi ilmu
Kuasai ekonomi Nusantara delapan penjuru.

Majapahit, Sriwijaya, Langkasuka dan Melaka,
Corakkan wajah kebudayaan kita,
Sehingga penjajah membawa tenaga kerja,
Bekerja demi kepentingan ekonomi mereka.


Kini tenaga kerja asing terus penuhi negara,
Pada tempat dan ketika lebih ramai mereka,
Rakyat rasa tak selamat tak rasa bebas merdeka
Berbuatlah sesuatu agar negara ini tenang semula.


(iii)

Bangsa bermaruah merdeka daripada penjajah,
Kuasa-kuasa Barat dan Timur datang menjarah,
Menghalau mereka tidak sahaja perwira dan orang siasah,
Peranan ulama dan penulis juga diakui sejarah.

Justeru setiap menyambut ulang tahun merdeka,
Kenangilah pengorbanan dan bakti mereka,
Yang benar-benar berjasa tampilkan ke muka,
Berterima kasih pada saat sesuai dan ketika.

Melayu dengan kedaulatan dan ketuanan,
Ehsan memberi taraf kerakyatan,
‘Kontrak Sosial’ menjadi ikatan,
Diikat kukuhlah jangan rungkaikan.

Maka teguh-kukuhkan perkara yang empat,
Kedudukan Raja-raja Melayu menjamin daulat,
Islam agama rasmi, Melayu Bahasa Kebangsaan dinobat,
Hak istimewa Melayu dan bumiputera mendapat tempat.

Prihatinlah akan nasib tanah air dan bangsa,
Hubul watan manal iman peganglah ia,
Berhujahlah Melayu baru dengan akal dan fakta,
Bukan zahirkan rasa dan emosi semata.

Namun bertimbang rasalah kepada taulan,
Pelbagai bangsa jiran dan kenalan,
Pada zamannya Nabi telah tunjukkan
Islam menjalin indah perpaduan.


(iv)

Melayu itu beradab, berperaturan, berkerajaan,
Di Alam Melayu ribuan tahun kekuasaan,
Khalifah Allah segala raja dan sultan,
Patut dibantu Orang-orang Besar bijaksana lagi budiman.


Jangan sekali-kali bertindak atas hukum rimba,
Matlamat dan cara mesti halal belaka,
Tersurat hukum kanun dan undang-undang mulia,
Pangkal peraturan bagi segala raja-raja dan rakyatnya.


(v)

Pendidikan Melayu itu berliku lorongnya,
Pada zaman penjajah, hanya vernacular kastanya,
Peribumi sengaja ditolak dari bandar dan kotanya,
Sentiasa mengekori pelajar kota yang pantas lariannya.

Terfikir fakir akan nasib bahasanya,
Ratusan tahun melakar wacana;
Tanpa menjadi bahasa ilmu akan ke mana?
Cukupkah jadi bahasa basahan sahaja?


Pada Abad-XVI Valentijn4 terpesona,
Di sebelah sini bahasa Melayu berkuasa,
Dari timur Parsi hingga ke Kepulauan Filipina,
Kini mesti lebih perkasa di negaranya dan dunia.

Ilmu sekular-moden Melayu wajar berhati-hati,
Kerana akhirat itu pasti dihadapi,
Atas ilmu ukhrawi dirikan ilmu duniawi,
Baharulah barakah hingga ke kampung kekal abadi.

(vi)

Asal asali itu Melayu teras jua,
Bangsa besar lagi majoriti jumlahnya,
Patutlah teras segala citra budaya,
Entah kenapa kini digerhanakan seri wajahnya.

Budaya itu bersendi adat berpangkal agama,
Tanda bangsa beradab lagi mulia,
Tapi hedonisme tampak dibiarkan merajalela,
Budi bahasa amat ketara lunturnya.

Segalanya bermula darinya rumah,
Mencipta kasih sayang mawaddah war-rahmah,
Tahzibul akhlak tanggungjawab ummah,
Akhiran terpuji husnul khatimah.
(vii)

Persuratan dan bahasa ‘azwar’ yang baik,
tamsil makhluk dengan yang Khalik,
Perjuangan bahasa bukanlah pelik,
Kuasai yang asing, tak tercicir milik.

Hang Tuah kuasai berbelas bahasa,
Melalui munsyi bahasa yang berjasa
Bukan dengan ‘pandai besi’ berbadan sasa
Bukan dengan ‘pandai emas’ mencanai suasa.

Kuasai bahasa Arab di dalam dada,
Bahasa barat dan timur di dalam minda,
‘Seribu bahasa kita bicara
Manakan sama bahasa bunda.’5

Ke manakah arah Bahasa Melayu?
Di pandang rendah tak banyak yang mahu,
Sesekali dipakai miskinnya mutu,
Nama tempat, jalan dan bangunan tidak menentu.

Alangkah molek bercitra kebangsaan,
Setiap bangsa rohnya diciptakan Tuhan,
Tercabut rohnya citra pun kehilangan,
Bagaikan tanah ini tidak bertuan.


(viii)

Sebelum mengundur diri fakir rakamkan,
Ucapan ‘terima kasih’ kepada sekalian,
Pengkritik, penterjemah, editor dan panel budiman,
Isteri, anakanda dan menantu pemberi sokongan.

Serta sahabat fakir Cina dan India,
Kadazandusun, dan Iban juga;
Dengan bakat, akal, bahasa dan karya
Perkasakan tamadun bangsa kita.

Sudah sampai ke hujung fakir bermadah,
Pada malam bersejarah menjunjung Anugerah,
Jutaan ampun atas silap dan salah,
Yang Maha Sempurna Terpuji itu miliknya Allah.


Wahai segala arif permata,
Janganlah apa fakir dikata,
Kalam buruk kertasnya lata,
Menyuratnya tidak ada pelita.6

Sudahlah dengan takdir Allah,
Tiadalah dapat lagi disalah,
Di Luh Mahfuz suratan terjumlah
Barang yang datang disyukurkanlah.7

[Pidato Penerimaan pada majlis Anugerah Sastera Negara Ke-10, pada 20 Oktober 2009, di Grand Ballroom, Palace of The Golden Horses, The Mines, Kuala Lumpur]

1,6,7 Rangkap-rangkap ini dipetik daripada Syair Perang Siak (Donald J. Goudie, MBRAS Monograph No. 17, 1989).
2 Moto ‘Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan’ (ASWARA), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.
3 Ash-Syu’ara (ayat 224 – 227).
4 Kehebatan bahasa Melayu pada Abad-XVI seperti yang pernah dirakamkan oleh sarjana Belanda ini, Francois Valentijn (Dordrecht 17 April 1666 – 6 Ogos 1727). Bukunya yang terkenal Oud en Nieuw Oost-Indien (1726).
5 Dua baris terakhir rangkap ini dipetik daripada puisi SN Usman Awang ‘Bahasa Bunda.’

Perempuan Pemenang! =D

Friday, October 16, 2009
Pemenang Anugerah S.E.A Write 2009

Puan Azmah Nordin:

I learned to realize that literature is a “diamond” - that transmit and shed lights radiantly to the readers. The beauty of the language, sound moral values, and the plots are all woven with a splendid creativity. In my humble opinion, literature is a “diamond” in which in its origin needed to be shaped and polished so we could appreciate its lustrous beauty. This glittering “diamond” (literature) will always shine into the emotion of the readers. In all, literature moulds and shapes the humankind.

Pemenang Hadiah Nobel 2009

Herta Müller:

Books about difficult times are often read as testimony. My books are also necessarily about difficult times, about amputated lives in a dictatorship, about the everyday life of a German minority - cowering away from the outside world but inwardly autocratic - and their subsequent disappearance through emigration to Germany. For many people my books are therefore testimony. But I don't feel I'm bearing witness when I write. I learned writing through silence and keeping silent. That's where it began." (Herta Müller, Kann Literatur Zeugnis ablegen? [2002])

==========================================================

Pemenang Anugerah S.E.A Write 2016 - S.K =D

Pemenang Hadiah Nobel 2030 - S.K =D

S.K:

Bukan sebab nak nama, ek, tapi, mudah-mudahan karya tersebar seantero alam dan menjadi ejen perubahan dunia, tak pun, masyarakat, tak pun... diri pembaca =D Seberapa ramai yang mungkin! =D

MINGGU PENULIS SINGAPURA 2009 (SWF)

Thursday, October 8, 2009
(Dari - http://www.singaporewritersfestival.com/programmes-festival-calender.php)

SABTU - 24 Okt 2009

12:30 pm -
Meet the Author: LAT
Harga: Percuma
Tempat : Chamber

3:00 pm -
Meet the Author: Anwar Ridhwan
Harga: Percuma
Tempat : Living Room

Dari kebanyakan buku-buku Anwar Ridhwan yang telah diterjemahkan ke dalam 15 bahasa, Tales of Ogonshoto (diterbitkan pada tahun 2001 dalam Bahasa Melayu dan diterjemahkan kedalam Bahasa Inggeris pada tahun 2004) telah diiktirafkan sebagai novelnya yang terbaik.
Apakah sumber inspirasi didalam kerjaya beliau sebagai penulis dan bagaimana beliau menjadi seorang penulis yang pakar didalam bidang puisi dan juga cereka/drama.

4:00 pm -
Meet the Author: Baha Zain
Harga: Percuma
Tempat : Living Room

Penulis dari Malaysia dan penerima anugerah SEA Write Award, Baha Zain, akan berkongsi pengalaman dan wawasan beliau mengenai penulisannya yang termasuk 10 buah buku-buku puisi dan esei yang menyentuh isu-isu budaya dan perubahan sosial. Selain daripada membaca dan berkongsi tentang beberapa karyanya, beliau juga akan menjawab soalan-soalan yang akan dikemukakan oleh para hadirin mengenai karya-karya beliau dan juga prosess penulisan beliau.

6.30pm - 9.30pm -

Kurnia: Pelancaran Hasil Kreativiti Oleh Isa Kamari
Tempat: Playden

==============================================

AHAD - 25 Okt 2009

12:00 pm -
Karya Penulisan Yang Terbaik Dari Malaysia
Menampilkan: Baha Zain, Anwar Ridhwan
Harga: Percuma
Tempat : Blue Room

2:30 pm -

Perubahan: Suara Wanita dalam Penulisan Melayu Kontemporari
Harga: Percuma
Tempat : Blue Room

Menampilkan: Wan Jumaiah Mohd Jubri, Norulashikin Jamain, Noridah Kamari
Moderator: Rasiah Halil

Apakah di antara isu-isu yang dihadapi oleh penulis-penulis muslimah hari ini? Suara-suara wanita bakal menjadi tumpuan ketika ketiga-tiga penulis Singapura ini berbicara tentang cabaran dan masalah yang dihadapi mereka di negara kosmopolitan Singapura. Perbincangan yang menarik dan penuh wawasan ini mengupas apakah warisan kesusasteraan dan aspirasi yang ingin kita tinggalkan.

==============================================

ISNIN - 26 Okt 2009

9:00 am - 6.30 pm

Sharing Borders: Singapore / Malaysia Writers Symposium 2009
Harga: Percuma
Tempat : The Arts House

The distinctive literatures of Singapore and Malaysia in English have come a long way since their beginnings some 60 years ago. This Symposium, organised by the National Book Development Council of Singapore and sponsored by Singapore’s National Arts Council and National Library Board, brings together scholars and writers to address the engagement of the two countries’ literatures. Plenary sessions, workshops and a panel discussion will be aptly rounded up by the launch of a two-volume milestone study of Singaporean and Malaysian literature in English.

To register for places, email your name and contact details to info@bookcouncil.sg.
For more information, go to www.bookcouncil.sg.

==============================================

SELASA - 27 Okt 2009

2.30pm - 4pm -

Sastera Melayu: Anwar Ridhwan and Baha Zain (in Malay)
Tempat: Chamber

This session is suitable for teachers and students ages 15 and above and strongly recommended for those studying Malay literature. It is a one hour talk by two top Malaysian writers, Anwar Ridhwan and Baha Zain. Students and teachers will get to meet and talk with these three literary giants of Malay literature. An opportunity not to be missed!

==============================================

AHAD - 31 Oct 2009

5:00 pm


Award-Winning Writers from Singapore
Harga: Percuma
Tempat : Blue Room

Menampilkan: Ng Yi-Sheng, Chia Hwee Pheng, Yeng Pway Ngon, Mohd Latiff Bin Mohd, Latha
Moderator: Kirpal Singh

EID SAEED!

Tuesday, September 22, 2009